Latar masa Kapten Hassan Wira Bangsa

Latar masa novel ini cukup panjang, iaitu sepanjang hayat Kapten Hassan, bermula sejak beliau lahir pada bulan Julai 1927 dan berakhir apabila beliau meninggal dunia pada 30 April 1991. Larat masa ini dibahagi-bahagikan seperti yang berikutĀ :

  • Julai 1927 hingga kedatangan Jepun. Dalam tempoh ini dimuatkan kisah ringkas peribadi Hassan, yakni pendidikan awalnya di Sekolah Melayu, kisah ringkas tentang keluarganya, dan kisah Hassan mendapat pendidikan agamanya di Sekolah Pengajian Pondok. Pengajian Hassan terhenti apabila kedatangan Jepun.
  • Zaman Pendudukan Jepun. Dalam tempoh ini, diceritakan penderitaan rakyat kerana menjadi buruh paksa Jepun dan kesengseraan rakyat kerana sukarnya mendapat keperluan makanan. Pada saat-saat akhir pendudukan Jepun, dikisahkan kemunculan pelbagai kumpulan penentang pemerintahan Jepun, termasuk Bintang Tiga yang menganut faham komunis.
  • Zaman Konfrotasi dan persaraan Hassan. Dikisahkan dalam tempoh ini khidmat Hassan sebagai Kapten dalam Rejimen Askar Wataniah setelah diterima semula berkhidmat dalam angkatan tentera. Dikisahkan juga peranan Kapten Hassan sacara ringkas semasa konfrontasi dengan Indonesia, dan akhirnya persaraan Kapten Hassan daripada angkatan tentera. Dikisahkan apabila bersara, Hassan mengusahakan perniagaan gerai makanan dan perniagaan pengangkutan, di samping ikut terlibat dalam politik hingga beliau meninggal dunia.